ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM KENAL😉
Nama diberi Juliastuti Koaeputeri Binti Dae. Saya berasal daripada Sabak Bernam, Selangor. Nama panggilan saya Julias. Saya merupakan pelajar Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM dan bernombor matrik 199847. Saya merupakan seorang yang pemalu dan pendiam yang menyebabkan saya kurang berbual dengan rakan sekelas saya. Sehinggakan ada yang melabelkan diri saya sebagai seorang yang sombong. Tetapi itulah saya sejak dari kecil lagi. Ada pepatah yang mengatakan bahawa "Tak Kenal Maka Tak Cinta". Oleh itu, jangan takut jangan segan untuk berkawan dengan seorang yang bernama Juliastuti.
Saya mempunyai hobi yang tidak begitu ramai orang tahu mengenai permainan ini iaitu sukan Petanque. Semestinya ramai yang tidak mengetahuinya. Permainan ini memerlukan 3 biji bola besi (boule) dan bola kayu kecil (jack). Saya mempunyai cita-cita dan harapan yang tinggi agar dapat pergi lebih jauh dalam bidang sukan ini dan dapat mewakili negara pada suatu hari nanti. Saya merupakan peniaga kecil di tempat tinggal saya untuk membantu ibu bapa saya yang telah berusia dengan membuka kedai makan yang bertemakan makanan ala Indonesia. Saya berani untuk membuka perniagaan seperti ini kerana terinspirasi daripada ibu ayah saya yang berasal daripada Indonesia dan ingin membantu kewangan keluarga saya. Saya harus mengendalikan kedai makan ini dengan bersungguh-sungguh walaupun harus membahagikan masa antara belajar dan bekerja. Lebih-lebih lagi pada masa pandemik ini, keluarga amat memerlukan saya. Contohnya dalam urusan membeli barang niaga, pengurusan kewangan dan sebagainya. Hal ini kerana setakat ini kedai kami tidak mempunyai pekerja luar dan hanya diurus sepenuhnya oleh adik-beradik.
Saya memegang prinsip selagi kita membantu ibu bapa dalam hidup maka Allah akan membantu kita dan memudahkan segala urusan hidup.😁 Saya harap bagi sesiapa yang ingin berjaya, pastikan tiada istilah penat dalam kehidupan dan ingin membantu keluarga.
Comments
Post a Comment