ELEMEN: KESEIMBANGAN
(IMEJ INTERNET)
Elemen: Keseimbangan
Tema: Haiwan
Rujukan:https://cosmosmagazine.com/biology/top-ten-most-popular-animals-are-still-endangered/
Huraian:
Gambar jelas menunjukkan singa
yang merupakan sejenis haiwan. Singa tersebut merupakan singa jantan dewasa.
Singa itu sedang berehat di kawasan rumput. Rumput hijau kekuning-kuningan yang
meneduhkan permukaan bumi dan pokok akasia menunjukkan tempat itu adalah
kawasan savana. Warna biru langit seimbang dengan warna rumput tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Elemen: Keseimbangan
Tema: Suasana kampung
Rujukan: https://says.com/my/seismik/ala-riverview-lodge
Huraian:
Ruang sebelah kiri gambar
terdapat sebuah rumah kampung seimbang dengan tiga orang petani di sebelah
kanan gambar. Di sebelah atas gambar pula terdapat awan yang kelihatan hampir
senja manakala di sebelah bawah gambar pula menunjukkan sawah padi yang
menghijau. Maka jelaslah, gambar ini menepati elemen asas grafik iaitu
seimbang.
Elemen: keseimbangan
Tema :
ketenangan
Rujukan: https://beyonddhorizons.net/2019/03/13/mostar-kravice-falls-daytrip/?amp
Huraian:
Keseimbangan di dalam gambar di
atas dapat dilihat pada ruang kanan dan kiri gambar. Di kanan gambar terisi
dengan bot dan individu yang sedang mengambil gambar permandangan di kawasan
tersebut. Manakala, di bahagian kiri pula ditampilkan air terjun, buih putih dan
langit yang memainkan peranan dalam menyeimbangkan gambar ini. Oleh itu,
keseimbangan antara ruangan kiri dan kanan dipenuhi dengan baik.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Poster Movie
Rujukan: https://www.imdb.com/title/tt12882620/
Huraian:
Poster diatas dilihst memenuhi
ciri kesimbangan kerana ruang kiri dan kanan gambar dilihat sama besar. Perkara
ini membuatkan warna yang digunakan disisi kiri dan kanan seimbang. Warna merah dalam poster dilihat seimbang
dengan warna biru di sebelah kanan poster tersebut. Warna yang dipilih juga
dapat menonjolkan grafik tersebut.
Element: Keseimbangan
Tema: Rumah
ibadat
Rujukan:https://www.kelasfotografi.com/2016/03/memahami-keseimbangan-balance-dalam.html?m=1
Huraian:
Gambar di atas mempunyai sisi
kiri dan kanan yang seimbang. Walaupun mempunyai element mudah untuk mengenali
gambar tersebut, tetapi keseimbangan pasti yang akan menjadi tarikan utama
kepada yang melihat. Bahagian atas dan bawah gambar juga jelas terdapat
keseimbangan kerana ruang yang sama luas. Objek dalam gambar tersebut berada
tepat pada bahagian tengah.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Restoran
Rujukan:https://www.pngitem.com/middle/TibTmR_transparent-kentucky-fried-chicken-png-kfc-finger-lickin/
Huraian:
Poster restoran ini menunjukkan
keseimbangan di mana logo restoran lebih memberatkan di bahagian kiri dan nama
restoran dan motto yang berbentuk teks lebih memberatkan di bahagian kanan.
Pemberatan yang sama rata yang memenuhi poster itu telah menjadikan ia seimbang
kerana setiap ruang digunakan dengan sepenuhnya.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Alam sekitar
Rujukan:https://gurayyarar.github.io/AdminBSBMaterialDesign/pages/medias/image-gallery.html#lg=1&slide=0
Huraian:
Berdasarkan gambar diatas, terdapat sebuah tasik yang dikelilingi dengan pokok-pokok yang rimbun. Malah terlihat juga di sekeliling tepi tasik tersebut ditumbuhi rumput-rumput yang menghijau yang dapat menyerikan lagi pemandangan tasik tersebut. Tambahan pula, ruang atas menunjukkan keadaan awan yang membiru dan gunung-gunung yang berada dihujung bukit tersebut menjadikan lagi kawasan tasik tersebut ‘hidup’. Maka jelaslah bahawa ruang atas yang digambarkan berdasarkan gambar diatas dapat menyeimbangkan pemandangan tasik tersebut yang berada di bahagian bawah.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Alam Semulajadi
Rujukan: https://www.pinterest.com/pin/2674081019327763/
Huraian:
Gambar di atas menunjukkan
sebuah tempat yang dipenuhi dengan batu-batuan semula jadi. Ditengah-tengah
gambar tersebut dihasilkan sebuah cahaya daripada matahari yang menembus masuk
ke ruangan tersebut. Ianya membuat kan gambar yang telah diambil ini menjadi
lebih seimbang.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Rujukan: https://images.app.goo.gl/j4dHYb2qFVCLNf1L7
Huraian:
Pemandangan di pinggir laut yang
terdapat beberapa bangunan yang tinggi dan rendah. Sepenuhnya ruang digunakan.
Ruang di sudut kanan menunjukkan pembangunan sebuah bandar dan di ruang kiri
sebelah bawah gambaran lautan manakala di bahagian atas pula menunjukkan gambar
langit yang sama keluasannya dengan bangunan dan lautan. Warna yang digunakan
dalam gambar berwarna lembut yang mengambarkan gambar tersebut diambil pada
waktu petang.
Elemen:
Keseimbangan
Tema: Busana
Rujukan: https://www.pinterest.com/
Huraian:
Tema yang
disampaikan merupakan busana. Pakaian yang dipakai oleh model merupakan fokus
utama grafik. Selain itu, keseimbangan yang diaplikasikan oleh juru gambar
membenarkan penonton melihat pakaian tersebut secara teliti. Akhir sekali,
keseimbangan gambar tersebut dapat memaparkan latar yang bersesuaian tema busana
itu.
ELEMEN: KESEIMBANGAN
(IMEJ SENDIRI)
Elemen : Keseimbangan
Tema: Kegembiraan
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Tiga sekawan bergurau-senda di
pinggir tanjung. Senyuman pada wajah mereka menunjukkan perasaan gembira. Warna
langit yang biru, hijau daun pokok yang jauh daripada kawasan gambar diambil
berserta air laut yang jernih menghasilkan gambar yang indah. Gambar
menunjukkan kegembiraan tiga sekawan yang terpateri secara spontan kerana mata
mereka tidak fokus pada lensa kamera.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Alam Semula Jadi Atin
Rujukan : Sendiri
Huraian:
Gambar pemandangan ini meliputi
langit, tasik, rumput, pokok, bukit dan air pancut. Ruang kiri terdapat
sebatang pokok dan daunan pokok di ruang kanan gambar. Di sebelah atas gambar
pula terdapat langit yang luas berwarna
biru manakala di sebelah bawah pulak terdapat tasik yang luas juga. Maka,
keseimbangan yang digambarkan amat jelas kerana setiap objek terletak pada
posisinya dan saling berkaitan.
Elemen : Keseimbangan
Tema: Keluarga (hanis)
Rujukan : Sendiri
Huraian:
Foto menunjukkan beberapa orang
sedang bergambar diruang sebelah kiri dan kanan gambar. Maka, kedudukan di
sebelah kiri dan kanan gambar adalah seimbang. Di sebelah atas pula
menggambarkan pokok – pokok yang menghijau manakala di sebelah bawah gambar
pula menggambarkan air sungai yang jernih. Jelaslah, kedudukan gambar di
sebelah atas dan di sebelah bawah adalah seimbang.
Elemen: keseimbangan
Tema: potrait - metropolitan / moden
Rujukan : Sendiri
Huraian:
Berdasarkan foto di atas,
keseimbangan grafik ini dapat dilihat melalui kedudukan ring light dan
model tersebut yang berada di ruang tengah foto. Sisi kiri dan kanan serta sisi
atas dan bawah foto kelihatan seimbang apabila diukur dari ring light tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Kolejku
Rujukan : Sendiri
Huraian:
Dengan merujuk kepada gambar
diatas, grafik yang dihasilkan adalah seimbang. Hal ini merujuk kepada
kedudukan sisi kiri dan kanan yang mempunyai ukuran yang sama. selain itu, atas
kedudukan atas dah bawah juga dilihat sama dan mengwujudkan keseimbangan.
Perkara ini membuatkan grafik yang diambil kelihatan menarik dan seimbang.
Element:
Keseimbangan
Tema: Pelancongan
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Pelbagai
elemen wujud dalam gambar ini yang bersesuaian dengan tema antaranya warna,
kesesuaian, mudah dan keseimbangan. Keseimbangan ditekankan kerana jelas
terlihat ruang kiri dan kanan gambar dipenuhi dan seimbang kiri dan kanan.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Animasi
Rujukan : Sendiri
Huraian:
Gambaran di atas menunjukkan keseimbangan dengan menggunakan ruang yang disediakan dengan sepenuhnya bagi memeriahkan lagi dekorasi dalam kad itu. Teks diletakkan di bahagian atas secara melengkung dan meletakkan gambar kek dan kartun di bawah teks itu yang menyebabkan ruang antara atas dan bawah seimbang. Ruang kiri dan kanan kad itu diletakkan dekorasi yang pelbagai bagi mengisi ruang kosong itu. Oleh itu, dengan keseimbangan yang ada telah menjadikan kad itu lebih cantik dan menarik.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Rujukan : Sendiri
Huraian:
Berdasarkan gambar diatas,
menunjukkan pemandangan di atas jalan raya dimana ruang kiri dan kanan jalan
raya tersebut dipenuhi dengan pokok-pokok kelapa sawit. Manakala awan diatas
kelihatan berwarna biru dan sedikit berwarna keputihan. Ini jelaslah bahawa
dengan semua gabungan ruang dan warna yang ada membuatkan gambar ini kelihatan
seimbang.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Kekeluargaan
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Gambar diatas menunjukkan
pelajar mengambil gambar sekelas bersama guru-gurunya di suatu tempat yang
sesuai dengan bilangan pelajar yang agak ramai. Susunan pelajar juga seimbang
di kiri dan kanan dan ianya menyebabkan gambar tersebut kelihatan lebih
seimbang.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Percutian
Rujukan : Sendiri
Huraian:
Gambar diambil seimbang
menampakkan semua pemandangan yang ada. Pokok yang berada di sebelah kanan dan
di kiri pula terdapat aliran air sungai serta bahagian atas pula gambaran awam
yang mendung dan jambatan kecil pada bahagian bawah. Penataan warna yang pula
tidak terlalu banyak. Kedua-dua pelancong tersebut menggunakan warna pakaian
yang sama sahaja iaitu tertemakan warna biru.
Elemen:
Keseimbangan
Tema: Flora dan
fauna
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Tema
yang disampaikan merupakan flora dan fauna. Selain itu, keseimbangan yang
diaplikasikan oleh juru gambar mengfokuskan kaktus. Akhir sekali, keseimbangan
gambar tersebut juga mengisi segala kekosongan dan membuatkan gambar lebih
menarik.
Ketua - Mohd Azizul bin Asri 204110
Pembantu - Nur Ewana Fatini binti Zulkefli 203305
Comments
Post a Comment