ELEMEN: KESEUAIAN
(IMEJ INTERNET)
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Hidupan Liar |
Rujukan |
https://www.exploreshaw.com/elephant-nature-park-chiang-mai/ |
Huraian |
Gambar
dua ekor gajah iaitu ibu dan anaknya sedang makan tumbuhan hijau. Terdapat
timbunan tumbuhan hijau berhadapan dengan dua ekor gajah tersebut. Langit
yang cerah menunjukkan suasana waktu pagi. Gambar ini turut mempunyai latar
gunung-ganang berwarna hijau.
|
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Snek |
Rujukan |
https://www..co/my/marketplace/snackGolden_Salted_Egg_Baguette_Bites.html
|
Huraian |
Biskut berperisa telur masin. Terdapat imej animasi cili, telur masin, itik, dan mentega. Imej animasi tersebut menunjukkan sumber perisa snek tersebut. Teks secara jelas menyatakan nama snek tersebut. Latar gambar bersesuaian dengan tema. Imej snek di dalam pinggan difokuskan menunjukkan rupa bentuk snek tersebut. |
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Alam semula jadi |
Rujukan |
|
Huraian |
Foto seekor ayam yang sedang berkokok pada waktu
pagi. Selain itu, pemilihan latar masa dan warna juga bersesuai dengan foto
ayam dan tema grafik tersebut. Grafik ini juga memberi ketenangan pada semua
yang melihatnya. |
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Padang |
Rujukan |
|
Huraian |
Berdasarkan
gambar diatas, terdapat seorang kanak-kanak lelaki sedang bermain
layang-layang di atas padang. Selain itu, kawasan sekeliling padang tersebut
juga dipenuhi pokok-pokok yang besar dan rumput yang menghijau. Malah
pemandangan awan yang membiru pada ketika itu juga turut menyeimbangkan lagi
suasana kawasan padang tersebut. |
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Memancing |
Rujukan |
|
Huraian |
Gambar
di atas jelas menunjukkan seorang lelaki yang sedang memancing di kawasan
laut pada bahagian gigi air. Gambar ini dikatakan element kesesuaian kerana
tempatnya merupakan tempat sesuai untuk memancing dan pemancing juga
mengenakan pakaian(topi, cermin mata, baju lengan panjang dan seluar panjang)
yang mempunyai ciri keselamatan pemancing dan kelengkapan memancing yang
sesuai(kekili, joran). |
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Sejarah |
Rujukan |
|
Huraian |
Gambar
ini diambil di satu bahagian daripada tapak peninggalan Villa Adriana,
Tivoli, Itali yang merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong/pelawat. Di
dalam gambar ini kita dapat melihat pelancong/pelawat yang sedang mengamati
dan mengambil gambar di kawasan sekeliling mereka. Latar watak dan latar
tempat di dalam foto ini sangat sesuai dan melengkapi satu sama lain. |
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Fantasi |
Rujukan |
|
Huraian |
Gambar
tersebut bertemakan fantasi. Pemilihan latar tempat ialah sebuah istana
Inggeris di tepi laut. Selain itu, pemilihan latar dan warna telah memberikan
aura tenang dan fantasi. Seterusnya, pemilihan pakaian sangat penting untuk
kesesuaian dengan tema tersebut. |
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Alam semula jadi |
Rujukan |
|
Huraian |
Gambar
di atas menunjukkan seekor rusa yang sedang berjalan pada waktu pagi atau
petang di tengah-tengah hutan. Gambar ini sesuai kerana latar tempat iaitu
hutan merupakan habitat haiwan tersebut. Manakala pemilihan haiwan juga amat
diambil berat kerana kesalahan dalam pemilihan haiwan dapat mengelirukan
orang yang melihat gambar tersebut. Contohnya haiwan seperti seekor kucing
yang kebiasaanya merupakan haiwan peliharaan di setiap rumah. Ianya jelas
factor pemilihan haiwan juga mempengaruhi gambar yang diambil. |
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Perayaan |
Rujukan |
|
Huraian |
Memaparkan suasana di malam raya. Sesuai kerana
selalunya bermain bunga api pada waktu malam. Dua orang kanak-kanak lelaki
dan perempuan serta bersama dengan dua orang lelaki dewasa sedang bermain
bunga api. Di belakang pula menunjukkan beberapa wanita sedang memasak juadah
hari raya. |
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Haiwan |
Rujukan |
https://best-wallpaper.net/Sumatran-tiger-observation-bamboo_wallpapers.html |
Huraian |
Foto
ini menunjukkan gambar seekor harimau di dalam hutan rimba. Foto ini menepati
elemen asas grafik iaitu dari aspek kesesuaian. Hal ini kerana, watak yang
terdapat dalam gambar ini iaitu harimau sesuai dengan latar tempat iaitu,
hutan rimba. |
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Waktu senja |
Rujukan |
|
Huraian |
Gambar
dia atas lebih menonjolkan elemen kesesuaian yang dapat dilihat waktu senja
yang sesuai dengan warnanya yang berwarna oren akibat pancaran matahari yang
akan terbenam. Oleh itu, kecantikan sinaran matahari yang terbenam menarik
perhatian orang ramai untuk mengunjungi tempat itu pada waktu senja. Gambar
ini bersesuaian dengan waktu dan warna disekitarnya. |
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Pertanian |
Rujukan |
Sendiri |
Huraian |
Grafik diatas mengfokuskan kepada mesin padi dan
latar tempat iaitu sawah padi. Mesin padi yang hadir dalam grafik dilihat
sesuai dengan latar tempat yang dipilih iaitu sawah padi. Selain itu, gambar
ini juga mudah difahami apabila dilihat oleh seseorang. Warna yang terdapat
dalam grafik juga menarik dan menonjolkan mesin padi yang menjadi mesej utama
dalam grafik tersebut. |
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Flora dan Fauna |
Rujukan |
Sendiri Pemilihan latar tempat ialah alam
sekitar. Kita dapat lihat terdapat tumbuhan-tumbuhan hijau lain di latar
tempatnya. Selain itu, fokus utama gambar merupakan bunga tersebut yang tumbuh
mekar dan segar. Dengan ini, sekuntum bunga yang cantik ini kelihatan sangat
bersesuaian dengan latar tempat yang
segar dan hijau yang merupakan habitat flora, seperti bunga, pokok dan
lain-lain. |
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Pemandangan |
Rujukan |
Sendiri Pemandangan di atas bukit pada waktu
pagi. Suasana yang belum kelihatan pancaran matahari dan kabus pada waktu pagi.
Pada waktu pagi juga sesuai untuk mendaki bukit. Pemandangan kehijauan yang
dapat dilihat ketika berada diatas bukit. Selain itu, warna juga seakan senada
sahaja. |
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Kanak - Kanak |
Rujukan |
Sendiri Foto ini menggambarkan dua orang
kanak-kanak sedang bermain bola sepak manakala seorang kanak – kanak lagi
sedang mengayuh basikal. Langit yang hamper gelap menunjukkan keadaan kampung
yang hampir senja. Setiap watak dalam gambar ini bersesuaian dengan latar
tempat iaitu dua orang kanak – kanak bermain bola di atas padang manakala
seorang lagi kanak – kanak sedang mengayuh basikal di atas jalan.
|
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Pemandangan |
Rujukan |
Sendiri Gambar ini menunjukkan beberapa orang
pelancong melintasi jambatan gantung. Di sekeliling jambatan itu, dipenuhi
dengan pokok-pokok yang menghijau. Langit yang semakin gelap menunjukkan
suasana lewat petang. Gambar ini terdapat juga beberapa buah bangunan pencakar
langit di bahagian atas sebelah kanan. |
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Haiwan Ternakan |
Rujukan |
Sendiri |
Huraian |
Gambar menunjukkan empat ekor lembu dan seekor
kerbau. Kerbau tersebut berwarna hitam. Haiwan di dalam gambar merupakan
haiwan ternakan. Tempat tersebut merupakan kandang yang menunjukkan taraf
haiwan tersebut sebagai haiwan ternakan. Hijau daun pokok sesuai sebagai
latar haiwan tersebut. |
Elemen |
Kesesuaian
|
Tema |
Alam
Semula Jadi |
Rujukan |
Sendiri |
Huraian |
Gambar diatas menunjukkan sekumpulan pelajar melakukan aktiviti air
dan mengenakan jaket keselamatan untuk mengelakkan kemalangan yang tidak
diingini berlaku. Gambar ini mempunyai elemen kesesuaian kerana mereka
bermain kayak di kawasan yang berair. Selain itu, mereka juga mengenakan
jaket keselamatan ketika melakukan aktiviti tersebut.
|
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Human
Interest (Kepentingan manusia: Pembelajaran) |
Rujukan |
Sendiri |
Huraian |
Foto di atas terdapat
seorang pelajar perempuan yang sedang belajar di meja belajar. Kita dapat
melihat di latar tempatnya, iaitu meja belajar, terdapat sebuah computer
riba, meja belajar dan alat-alat tulis (di bahagian kanan). Aktiviti yang
dijalankan oleh watak tersebut dan latar tempatnya bersesuaian antara satu
sama lain. Jadi, foto ini sangat menepati elemen grafik bersesuaian. |
Elemen |
Kesesuaian
|
Tema |
Sukan
/ Permainan |
Rujukan |
Sendiri Kesesuaian diambil sebagai tema kerana
permainan petanque ini dimainkan dikawasan gelanggang petanque. Mudah juga
boleh dimasukkan kerana bagi yang melihat foto ini serta merta mengetahui ini
merupakan atlet petanque yang sedang bertanding di dalam sebuah kejohanan.
Kesesuaian tetap diberi penekanan kerana sukan ini dijalankan ditempat yang
sepatutnya. Pakaian yang dikenakan oleh pemain-pemain tersebut juga menunjukkan
ianya sesuai. |
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Pemandangan |
Rujukan |
Sendiri |
Huraian |
Gambar ini menjelaskan kesesuaian ketika berada di
atas awan ketika menaiki kapal terbang. Oleh hal yang demikian, kita dapat
melihat permandangan awan yang luas dari atas dan melihat langit yang ingin
bertukar warna dari biru ke jingga yang menandakan hari petang tiba ke
pengakhirannya. gambar ini amat bersesuaian iaitu permandangan awan dan
cahaya matahari di waktu petang jika dilihat dari atas. |
Elemen |
Kesesuaian |
Tema |
Perkahwinan |
Rujukan |
Sendiri |
Huraian |
Berdasarkan gambar diatas, terdapat seorang wanita
yang berbaju kurung sedang berada di
atas pelaminan dimana wanita itu sedang memegang bunga. Maka dapat
disimpulkan bahawa latar tempat itu ialah di atas pelamin dan latar wataknya
pula adalah wanita berbaju kurung. Akhir sekali, latar masa pula pada waktu
tengahari. |
|
| |
|
Comments
Post a Comment