BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT

 Kredit : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)






    Apa yang saya dapat daripada perkongsian yang Prof. Normaliza telah berikan, mempelajari bahasa isyarat juga penting agar kita dapat memahami apa yang ingin disampaikan oleh golongan mereka kepada orang yang normal seperti kita. Pembelajaran bahasa isyarata yang asas telah memadai bagi yang baru sahaja ingin mencuba bahasa isyarat tersebut. 


    Pembelajaran ini tidak hanya melalui kelas atau pun menunggu seseorang ingin mengajarkan kita bahasa isyarat tersebut. Hal ini kerana, Prof juga mempelajari bahasa ini bermula daripada aplikasi Twitter dan mampu menguasainya hanya dalam 6 bulan sahaja. Tiada alasan untuk tidak ingin mencuba mempelajari sesuatu yang baharu di dalam kehidupan seseorang kerana ianya tidak merugikan diri sendiri.


     Malah kita seharusnya berbangga kerana kita mampu mengatasi cabaran tersebut. Lebih-lebih lagi kepada golongan remaja dan dewasa yang masih mempunyau tenaga dan daya ingatan yang kuat berbanding orang tua. 


    Kesimpulannya, jangan pernah berhenti untuk menuntut ilmu di dalam hidup kerana ianya tidak merugikan sesiapa dan diri sendiri.










Comments