Rujukan: Normaliza Abd. Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan semua....
Postingan kali ini sedikit berbeza kerana saya akan memuat naik video di akaun Youtube saya sendiri.
Ianya berkaitan dengan asas fotografi (Flatlay).
Dari video ini kita akan dapat tahu cara untuk mengambil gambar dari sudut flatlay, half-flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay.
Untuk pengetahuan kalian semua, video tersebut tidak lah begitu panjang dan saya tidak sangka akan sependek itu videonya.
Saya harap anda semua dapat melihat video saya yang tidak seberapa ini.
Kredit Buku - Multimedia dalam Bahasa Pengarang - Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim Tajuk lagu - Kalimba
https://youtu.be/laVKqjSzrZE
1.Flatlay
Konsep bagi flatlay ini adalah dengan memastikan kedudukan kamera betul-betul dalam keadaan berada di atas objek yang ingin diambil gambarnya ataupun dalam keadaan 90.
2. Half-flatlay
Konsep ini pula adalah separuh daripada flatlay yang di atas iaitu dalam keadaan 45. Kamera hendaklah dalam keadaan yang senget untuk mengambil gambar sesuatu objek tersebut.
3. Quarter- flatlay
Asas fotografi ini pula adalah dalam keadaan kamera perlulah berada di sisi objek iaitu kira-kira dalam 22.5. Teknik perlu mempunyai kesabaran ya kerana harus menitikberatkan pencahayaan yang sesuai dan tidak tenggelan dengan objek yang berada di sekeliling objek yang ingin kita fokuskan.
4. Zero-flatlay
Asas yang terakhir adalah zero-flatlay. Dengan hanya meletakkan kamera di atas lantai atau meja atau yang lain-lainnya, kita dapat menghasilkan gambar yang begitu cantik.
Sampai disini sahaja perkongsian yang dapat saya berikan pada postingan kali ini. Diharap anda semua tidak jemu-jemu dengan blog saya.
Comments
Post a Comment