1. Pra-andaian
Pendekatan ini terbahagi
kepada dua aspek analisis iaitu intuisi dan konteks. Intuisi ini adalah untuk
memahami sesuatu perkara tanpa memikirkan adakah perkara tersebut adalah
rasional atau masuk akal untuk memulakan sesuatu penulisan. Konteks pula adalah
dianalisis dari aspek penerimaan atau penafian, keperluan, perujukan, anaphora,
pengulangan, kekaburan dan penegasan.
2. Emosi
Emosi merupakan perasaan di dalam jiwa setiap orang akibat daripada
rangsangan yang berlaku. Ianya terbahagi kepada dua iaitu positif, negative dan
bercampur. Emosi dapat dapat dilihat daripada perangai, personaliti, mood dan
motivasi.
3. Nilai dan Budaya
Dapat dianalisis dari aspek diri, masyarakat dan adat. Nilai yang
seperti jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang dan banyak lagi. Tidak dinafikan
bahawa nilai dan budaya ini dapat dilihat dan dinilai oleh masyarakat atau
orang lain.
4. Bahasa
Bahasa ini dianalisis dengan memfokuskan kepada bahasa
pertama/kedua/ketiga dan lain-lain lagi. Seterusnya ianya dibahagikan pula
kepada dua bahagian iaitu bahasa formal dan tidak formal. Kesalahan bahasa
dianalisis supaya penulisan yang dibuat kelihatan lebih kritis. Linguistik juga
dianalisis kerana untuk memperlihatkannya lebih jelas dan tepat.
5. Inferens
Inferens terbahagi kepada 3 bahagian iaitu rumusan keseluruhan,
rumusan topic perbincangan dan rumusan penutup kata. Setiap inferens ini dianalisis
dan dibincangkan agar ujaran, interaksi, teks dan tulisan akan menjadi lebih
lengkap dan jelas.
Sumber:
Pendekatan Analisis Wacana, Normaliza Abd. Rahim,2018,Penerbit UPM, Serdang
Comments
Post a Comment